Blog

Kursus Asas Fotografi Siri1 bersama dengan SMK Tuanku Lailatul Shahreen

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kursus asas fotografi siri 1 dengan kerjasama Kelab UTARA PHOTO CREATIVE Community (UPC) , SMK Tuanku Lailatul Shahreen dan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah berjaya direalisasikan. Disini, Frenskedah Photography (FP) sangat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk sama2 untuk mengajar dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama pelajar2 sekolah yang rata2 masih muda dan baru berjinak2 dalam kamera DSLR.

Kursus asas fotografi kali ini adalah bertempat di Taman Herba Negeri Perlis dan dirasmikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis iaitu En Ridzuan bin Salleh dan Timbalan Pengarah Perhutanan Eko Perlancongan Tuan Haji Che Aziz bin Ali. Kursus ini juga dihadiri oleh Pengetua PN. Hayazi Binti Abdullah dan para guru SMK Tuanku Lalitul Syahreen.

Bertemakan flora dan fauna, para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan di mana setiap kumpulan mesti mempersembahkan gambar tumbuhan herba yang menarik. Di samping pengenalan tentang penggunaan kamera DSLR, pelajar juga didedahkan dengan teknik editing mudah menggunakan perisian photoscape.

Disebabkan masa yang singkat, FP tak berpeluang untuk memberi lebih tunjuk ajar kepada para pelajar. Insyaallah, jika diberi kesempatan sekali lagi, FP dan Kelab UPC akan memberikan lebih pendedahan tentang ilmu DSLR ini.

https://www.facebook.com/UtaraPhotoCreativeCommunity

https://www.facebook.com/smktuankulailatulshahreen

http://smktls.edu.my/?page_id=158

group1resize

CCI08222013_00000

CCI08222013_00001

p/s: Terima kasih kepada Cikgu Roseta yang memberi sepenuh kepercayaan kepada FP dan kelab UPC 🙂

Sekian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *