Blog

Photographer Vs Butik Pengantin

Salam…,

Hari ni Frenskedah Photography (FP) nak berkongsikan pengalaman ‘ Photographer Vs Butik pengantin ‘dan macam mana nak dealing dengan butik pengantin untuk pedoman semua photographer terutama yang baru masuk ke alam wedding photography ni. Sebenarnya, sebagai photographer part time, FP lebih suka bergerak bebas sendiri…termasuk dalam menentukan harga, lokasi, masa dan sebagainya dengan customer.

Nak di jadikan cerita, masa FP shoot pengantin di satu butik, secara tak sengaja, FP di offer untuk shoot wedding untuk butik tu. Tanpa berfikir panjang…dengan atas dasar percaya dan nak tolong sesama melayu….akhirnya FP  pon tertipu jugak. Kronologinya macam ni.., masa dealing & meeting semuanya bagus….

Butik tu besar dan ini menguatkan lagi FP punya keyakinan,,,malangnya sebesar-besar butik…akhirnya bankrap jugak…macam2 alasan diberikan sehinggakan FP stuck diantara keluarga pengantin yang nak album dan butik yang cuba lari dari masalah ni. Atas dasar keperihatinan…FP pergi kerumah jumpa dengan keluarga pengantin dan explain everything.., walaupun pada awal tu FP kena jugak kata2 kesat (dalam telefon), FP cuba jugak cari penyeselaian terbaik.

Alhamdulillah, keluarga pengantin tu dapat terima seadanya dan FP berjaya siapkan album seperti yang dijanjikan dan dengan ini sekaligus membuka pekung butik tu sendiri yang cuba lari dari masalah kewangan. So, nak dipendekkan cerita, FP terus pergi jumpa dengan parent butik tersebut….rupa-rupanya memang selama ni Butik tu bermasalah dan tunggu masa….sekarang dah bankrap.

So…peringatan penting…:

1- Semua orang ada masalah kewangan…, jangan percaya pada butik hanya dengan lihat kondisi kedai tersebut.

2- Jangan shoot untuk butik pengantin unless full payment dah ada dekat tangan sebelum majlis berlangsung.

3- Pastikan ada black & white ataupun rakaman perbualan/perbincangan masa tengah dealing.

4- Jangan terlalu bagi muka atau terlalu memberi kesenangan pada butik bagi mengelakkkan diperguna..( juz act profesional)

5- Pastikan berjumpa dulu dengan pasangan pengantin dan jangan harapkan butik jadi orang tengah…( sebab butik akan ambil kesempatan macam2 pada photographer).

6- Jangan ambil pusing, kesian atau nak ambil tahu masalah butik tersebut…sebab kita pon ada masalah sendiri…(means dah bayar penuh, baru buat job).

Untuk maklumat lanjut… juz pm @ inbox FP….selamat menempuh alam wedding photography… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *