Blog

Penipuan dalam fotografi

Salam,

Untuk post kali ni Frenskedah Photography (FP) nak huraikan pasal penipuan dalam fotografi yang sangat biasa kita dengar. Selalunya, kita akan dengar komen yang balik dari kelas fotografi, tak pandai-jugak, masih blur dan konpius. Bagi yang masih baru, beginner, nubis, kubis dan seangkatan dengannya dalam bidang fotografi ni, memang article ni sangat sesuai dengan anda.

Sebenarnya bidang fotografi ni sangat mudah. Cumanya yang menyusahkan kita adalah cikgu-cikgu, otai-otai, pakcik-pakcik, masta-masta, sifu-sifu… yang sengaja memainkan isu (fear) yang fotografi ni susah. Bagi FP, jika anda paham konsep exposure yang sebenar, iaitu kaitan antara aperture, shutter dan ISO…, itu adalah asas yang sebenarnya dalam fotografi.

Ada benda yang memang kita kena pergi ke kelas untuk belajar, ada benda kita kena dapat dari pengalaman dan ada benda yang kita dapat dari pembacaan dan ada benda yang kita kena bertanya untuk kepastian. Jadi, anda kena berhati-hati dalam memilih kelas yang betul untuk belajar. Banyak kelas fotografi yang mengenakan yuran yang tinggi, tetapi tidak setimpal dengan ilmu yang diperolehi. Paling sakit hati bila kita kena puja tenaga pengajar tu untuk dapat lebih ilmu selepas kelas.

Sebenarnya, apa yang kita bayar untuk kelas fotografi, tak kisahlah untuk indoor ataupon outdoor adalah cuma teknik dan setting yang betul untuk mengambil gambar. Itulah value ataupon nilai sebenar dalam fotografi. Yang lainnya kita kena rajin mencari melalui pengalaman, pembacaan dan bertanya pada yang tahu. Jika dikongsikan dengan sebetulnya, teknik dan setting untuk mengambil gambar ni, tidak memakan masa yang lama. Unless, pengajar tu sendiri yang pusing-pusing supaya nampak susah.

Bagi FP, jika anda masih baru, cuba berkawan dengan rakan-rakan fotografi yang lama. Dari situ barulah survey kelas fotografi yang betul. Tak perlu masuk kelas terlalu banyak, cukup hanya satu kelas fotografi untuk belajar tentang teknik dan setting. Apa yang kita kena spend duit banyak adalah untuk kelas editing. Teknik editing ni yang kebanyakan cikgu-cikgu, otai-otai, pakcik-pakcik, masta-masta dan sifu-sifu cuba untuk sembunyikan. Of course kretiviti dalam editing juga perlu untuk mempelbagaikan teknik editing yang dipelajari.

Kesimpulannya, masa anda mengambil sesuatu gambar, sepatutnya anda telah dapat berimaginasikan hasil yang akan/telah diedit nanti. Than barulah anda betul-betul mahir sebenarnya dalam fotografi ini. Jadi, shooting dan editing diibaratkan adik beradik yang sangat rapat. Anda kena mahirkan kedua-duanya untuk menghasilkan gambar yang menarik… sekian :-).

Tags: penipuan dalam fotografi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *