Blog

Tips kepada bakal pengantin baru

Salam, hari ni Frenskedah Photography (FP) nak berkongsi tips kepada bakal-bakal pengantin baru di luar sana. Nowdays, banyak butik2 pengantin tumbuh bagai cendawan. Tapi ada sebilangan kedai pengantin yang masih mengamalkan design lama dalam meghiasi pelamin dan bilik tidur pengantin. So, bakal pengantin sendiri kena bijak memilih design pelamin dan bilik tidur supaya mengikut citarasa terkini.

Perkara paling penting sekali adalah berkaitan dengan warna. Ada kedai pengantin yang menghiasi warna pelamin seakan2 warna baju pengantin. Ini akan memberi efek yang sangat tidak bagus pada output gambar nanti. Gambar subjek pengantin akan teggelam dan di blend sekali dengan background pelamin atau bilik tidur nanti.

Sebaik-baiknya warna pelamin atau bilik tidur mestilah mengambil hanya sedikit tema warna baju. Selebihnya mestilah disulam dengan warna lain seperti warna putih. Warna yang berbeza akan membangkitkan subjek pengantin yang ditangkap.  Ini akan menambahkan seri pada gambar itu sendiri.

DSC_5282fresize

Akhir kata, bakal pengantin mestilah membuat survey terlebih dahulu atau bertanyakan pada photographer tentang tema warna yang sesuai dan cantik di dalam gambar. Itu sahaja untuk kali ini. jumpa dia lain topik… Adios… 🙂

2 Comments

  1. nora lulu

    assalamualaikum..w.b.t

    sy ad soalan nk tnye kalo sy plih tema baju wrne grey + soft pink so color pe yang ptt saya gne tok hiasan pelamin n bilik tdo?

    1. fhaizal

      W’salam nora lulu. terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
      Secara general, warna cerah seperti putih (tak kira lah putih krim, pearl white) adalah pilihan warna yang paling selamat. putih dapat menonjolkan lagi pakaian pengantin. oleh itu sebaik-baiknya cadar bilik tidur berwarna putih dipilih dan dihiasi & diserikan lagi dengan hiasan lain yg mengikut warna tema.
      Begitu juga dengan pemilihan warna pelamin. pastikan warna yang dipilih adalah warna lembut (pastel colour) supaya baju pengantin anda tidak ditenggelami warna hiasan pelamin.
      semoga tips ini membantu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *