Blog

Landscape Tanjung Balau, Johor

Salam,

Kali ni Frenskedah Photography (FP) telah bercuti ke selatan semenanjung iaitu negeri Johor Darul Takzim. Banyak tempat-tempat menarik di negeri johor ini. Makanan pulak sedap-sedap belaka. Untuk landscape single exposure kali ini, FP ambil di Tanjung Balau. Kebetulan lokasi Tanjung Balau ini terletak berdekatan dengan tempat FP sekeluarga bercuti iaitu di Pulai Desaru Resort. Tanjung balau ni terletak nun jauh ke selatan negeri johor.

Kawasan yang berangin kencang dan berombak. Sesuai jugak untuk sesiapa yang minat surfing. Pantai Tanjung Balau agak landai dan terdapat jugak penjaga pantai disitu untuk menjaga keselamatan pengunjung. Kondisi tandas di Tanjung Balau ini agak kurang selesa disebabkan kurang penyelenggaraan walaupun bayaran rm0.50 yang dikenakan agak mahal.

Apapun, landscape di Tanjung Balau ini sangat menarik dengan batu-batuan yang membentuk landscape yang sangat cantik.

DSC_3952frresize

So, jangan lupa kunjungi Tanjung Balau jika berkunjung ke Desaru, Johor 🙂

 

Visit my Facebook page for more info and images:

https://www.facebook.com/mohdfhaizalradzi

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *